Pelakon terkenal dan ikon fesyen, Nur Fazura Sharifuddin, memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada 13 September.
Pengurus Fazura, Iman Tang, yang mengesahkan perkara itu kepada Harian Metro, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.





