Bagi Singapura, mpox yang sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet, mungkin menjadi “virus melecehkan yang boleh kita urus, tanpa gangguan besar kepada kehidupan harian kita”, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, kepada Parlimen pada 9 September.
Beliau menjawab pertanyaan enam Anggota Parlimen (AP) yang bertanya tentang langkah yang akan Singapura ambil untuk melindungi orang ramai daripada wabak itu.





