Semasa membesar, Encik Ahmad Ubaidillah Mohamed Khair mendengar nama Tok Sumang disebut-sebut ibunya.
Namun, pemuda itu tidak begitu mengenalinya selain mendapat tahu beliau keturunan Tok Sumang dan sedikit latar belakang bahawa Tok Sumang sebagai lelaki yang mengasaskan Kampong Wak Sumang di Punggol – salah satu kampung terawal di Singapura – datang dari Pahang.





