KAHIRAH/GAZA: Rakyat Palestin berbondong-bondong ke pusat perubatan di selatan Jaluran Gaza untuk memastikan anak-anak mereka diberi vaksin polio dalam fasa kedua kempen yang setakat ini memanfaatkan 187,000 kanak-kanak.
Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), berkata kempen itu, yang berlangsung selepas Hamas dan Israel bersetuju mengenai penangguhan pertempuran terhad, setakat ini berjaya tetapi rumit.





