BERLIN: Canselor Jerman Olaf Scholz menyifatkan keputusan dua pilihan raya negeri yang menyaksikan kejayaan besar bagi parti sayap kanan Alternatif untuk Jerman (AfD) dan kekalahan kepada gabungannya sebagai “pahit”. Encik Scholz menyeru agar parti-parti utama membentuk pemerintah tanpa melibatkan “ekstremis kanan”.
Pada hujung minggu 1 September, AfD mencatat sejarah sebagai parti sayap kanan pertama untuk memenangi pilihan raya dewan negeri...





