Singapore Airlines (SIA) telah membatalkan empat penerbangan antara Singapura dengan Osaka kerana taufan kuat sedang menghala ke arah selatan Jepun pada 28 Ogos.
Nasihat yang disiarkan di laman web syarikat penerbangan nasional itu pada 26 Ogos berkata beberapa penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka pada 28 Ogos dibatalkan kerana keadaan cuaca buruk yang diramalkan akibat taufan...





