Lesen jualan runcit tembakau sebuah pasar mini di Selegie Road telah dibatalkan selepas ia didapati memiliki dan menjual vape, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 27 Ogos.
HSA melakukan serbuan ke atas Real Mate Mini-Mart, yang sebelum ini mempunyai lesen kedai runcit tembakau, pada 15 Ogos, lapor The Straits Times.





