Di sebalik gesaan pelbagai pihak yang menuntut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, memohon maaf atas keterlajurannya menyentuh kewibawaan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah, mantan Perdana Menteri itu bertegas mengatakan kenyataannya adalah fakta dan tidak menyalahi undang-undang Malaysia.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mencetus kemurkaan Istana Pahang dan kemarahan umum selepas kenyataannya mempertikai...





