BAITULMAKDIS: Israel berikrar untuk menghapuskan ketua baru Hamas, Encik Yahya Sinwar, yang didakwa mendalangi serangan maut di Israel pada 7 Oktober, di tengah-tengah ketegangan serantau memuncak ketika perang Gaza memasuki bulan ke-11 pada 7 Ogos.
Pelantikan Encik Sinwar, 61 tahun, dibuat ketika Israel bersiap sedia menghadapi potensi tindakan balas Iran atas pembunuhan pemimpin Hamas terdahulu, Encik Ismail Haniyeh, di Teheran...





