Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) telah menubuhkan satu pasukan bertindak untuk meningkatkan daya tahan digital Singapura berikutan insiden gangguan sistem teknologi maklumat (IT) berkaitan dengan pengemaskinian perisian firma keselamatan siber CrowdStrike.
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, memberitahu Parlimen pada 7 Ogos bahawa pasukan bertindak itu akan mendekati rakan kongsi berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai gangguan...





