Walaupun Hospital Besar Timur (EGH) dijadualkan siap menjelang 2030 dengan beberapa perkhidmatan mungkin mula berjalan “sekitar 2026”, Masjid Alkaff Kampung Melayu sudah bersiap memenuhi keperluan jemaah daripada hospital baru yang sedang dibina di sebelah kawasan masjid itu di Bedok Reservoir North.
Menyedari jumlah jemaah yang bakal meningkat, kerja penambahbaikan dan peningkatan prasarana masjid lebih diperlukan demi memberi kemudahan bukan sahaja...





