DHAKA: Sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh dan ratusan cedera dalam rusuhan di Bangladesh pada 4 Ogos apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan puluhan ribu penunjuk perasaan yang menggesa Perdana Menteri Sheikh Hasina meletakkan jawatan.
Jumlah kematian, termasuk sekurang-kurangnya 13 anggota polis, ialah angka tertinggi dalam satu hari daripada sebarang protes di Bangladesh baru-baru ini, mengatasi 67...





