LEBIH 100 datuk, nenek dan cucu menyertai aktiviti untuk mengeratkan hubungan antara generasi dalam acara sukan yang diadakan secara 'hybrid'- secara virtual dan juga fizikal.
Acara anjuran Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan SportCares itu diadakan sempena Hari Datuk dan Nenek dan bertujuan memberi peluang kepada datuk, nenek dan cucu mereka berinteraksi sementara membantu warga emas menjalani gaya hidup sihat...





