MATLAMAT dalam lima tahun akan datang adalah untuk menjadikan Tampines bandar eko pertama Singapura.
Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad sedang Our Tampines Hub meraikan pelancarannya sebagai Eko Hub terbesar Singapura serta ladang hidroponik menegaknya, Our Green Hut, semalam.





