SATU panel penilaian global telah mengesyorkan agar budaya penjaja di Singapura dimasukkan ke dalam senarai budaya Unesco, sekali gus meningkatkan peluang bagi negara ini untuk menyertai senarai itu.
Panel itu merangkumi 12 pakar daripada serata dunia yang dilantik sebuah jawatankuasa antara pemerintah (IGC), yang akan memutuskan sama ada budaya penjaja Singapura akan disertakan dalam Senarai Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Tidak...





