PERSATUAN Atletik Singapura (SA) akan diterajui pemimpin baru selepas pengurus besar firma Gojek Lien Choong Luen dipilih sebagai presiden persatuan itu untuk tempoh dua tahun.
Lien, 43 tahun, dan pasukannya, Team Ground Up, berjaya menewaskan TeamSGP Athletics yang diketuai peguam Edmond Pereira 14-3 di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu Jumaat malam (25 September).





