SEORANG mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) telah dihadapkan ke mahkamah kerana mencerobohi bilik asrama di kampus untuk mencuri baju dalam milik penghuni perempuan.
Pei Shao Bo, pada Isnin (21 September) dikenakan lima tuduhan menceroboh, empat tuduhan mencuri dan satu tuduhan memiliki filem lucah.






