SATU lagi petanda menunjukkan dunia sukan secara bertahap akan kembali bernyawa adalah apabila Persekutuan Sedunia Badminton (BWF) kelmarin mengumumkan kalendar kejohanannya untuk separuh pertama tahun depan, dengan Terbuka Singapura dijadualkan pada 13 hingga 18 April sebagai kejohanan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.
Mac lalu, BWF menggantung semua kejohanan yang dilulusnya tahun ini, termasuk Terbuka Singapura pada 7 hingga 12...





