Empat Oktober di ambang hari lahir aku cuba buat rumusan (post-mortem?) sandiwara cucuk-tanam semaian bunga-bunga di taman terbantut niat kerana terlihat sebiji durian bergolek mencacak menusuk sebiji mentimun kemudian kira-kira jam tujuh malam beberapa ekor kerbau pula yang berlumpur memijak-mijak tanaman yang sedang segar yang sedang mengharum berwarna-warni sesisi taman bunga dan kebun rosak binasa anehnya kerbau berlumpur itu tertawakan...





