SEKUMPULAN pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) yang menyertai satu kajian global didapati menunjukkan sikap kecekapan global yang seiring dengan pelajar Singapura lain.
Kajian tersebut - Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) - menetapkan "kecekapan global" sebagai keupayaan pelajar untuk meneliti isu-isu ketara, menghargai perspektif berbeza, melibatkan diri dalam interaksi antara budaya secara berkesan, dan mengambil langkah bagi kesejahteraan bersama serta...





