TINDAKAN keganasan sama ada di dalam atau luar negara, tidak kira ideologi atau kepercayaan agama, tidak boleh diterima sama sekali, kata Jamiyah Singapura.
Mengulas tentang kes seorang lelaki Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam peperangan di Yaman, Jamiyah berkata tiada kompromi bagi tindakan seperti itu, walau semurni mana niat seseorang.






