SYARIKAT katering Spize dan anak syarikatnya Spize Events semalam didenda $32,000 selepas didapati bersalah dalam insiden keracunan makanan yang menyebabkan lebih 60 orang sakit dan meragut nyawa seorang pegawai polis auksiliari.
Dalam satu kenyataan semalam, Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata dua syarikat itu didapati bersalah bagi 14 tuduhan berhubung insiden pada 6 November 2018 itu,...





