SEBUAH kilang kenderaan elektrik, kilang penghasilan kereta pertama di Singapura dalam empat dekad, akan dibina di Jurong, sebahagian usaha Singapura memperluas ekonomi dalam sektor kenderaan elektrik.
Apabila siap pada 2022, Pusat Inovasi Hyundai Motor Group - yang merangkumi kilang itu - dijangka menghasilkan sehingga 30,000 kenderaan setahun pada 2025.





