DUBAI: Selepas berjaya menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas tahun lalu, Amiriah Arab Bersatu (UAE) bakal melancarkan misi penerokaan ke Marikh pada Julai ini, laporan agensi berita WAM.
Kapal angkasa tanpa pemandu yang diberi nama Hope itu akan menjadi misi penerokaan antara planet yang pertama dilakukan oleh sebuah negara Arab.





