EKSPORT Bukan Minyak Dalam Negeri (NODX) mencatat pertumbuhan 9.7 peratus pada April lalu, berbanding 17.6 peratus bulan sebelumnya (Mac 2020), menurut agensi perdagangan dan keusahawanan negara, Enterprise Singapore, dalam kenyataannya pagi ini.
Sektor bukan elektronik berkembang, terutamanya disebabkan oleh farmaseutikal dari paras rendah setahun yang lalu, sementara sektor elektronik merosot.





