HOUSTON: Mendiang George Floyd, penduduk kulit hitam Amerika Syarikat yang kematiannya dalam tahanan polis membangkitkan tunjuk perasaan di seluruh negara itu terhadap perkauman, dipuji sebagai "gergasi lembut" dan simbol perjuangan golongan tertindas untuk menuntut keadilan, semasa pengebumian di tempat kediamannya di Houston kelmarin.
Ahli keluarga dan rakan, kebanyakan berpakaian serba putih, berucap di depan khalayak ramai untuk menggambarkan mendiang Floyd...





