WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat mencapai kemuncaknya pada Februari lalu sebelum mengalami kemelesetan yang mengakhiri 128 bulan pengembangan ekonomi akibat penularan koronavirus, menurut sebuah jawatankasa yang menentukan kedudukan itu, semalam.
Kemelesetan biasanya ditakrifkan oleh penurunan aktiviti ekonomi selama beberapa bulan, menurut Jawatankuasa Tempoh Kitaran Perniagaan yang merupakan sebahagian daripada Biro Penyelidikan Ekonomi Nasional (NBER), sebuah pertubuhan penyelidikan bukan keuntungan dan tidak...





