KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Muhammad Jamil Hussin, membenarkan permohonan peguam bela tertuduh semasa prosiding mahkamah dimulakan pagi ini.





