LONDON: Seramai 29 pemain kelab bola sepak Liverpool berkumpul di bulatan tengah padang dan melulut sebagai menunjukkan sokongan terhadap pergerakan 'Black Lives Matter' susulan kematian Encik George Floyd di Amerika Syarikat pada 25 Mei lalu.
Pemain 'The Kop' termasuk Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold memuat naik gambar di media sosial, Twitter, dengan menyatakan "Bersatu memberi kekuatan", diikuti tanda pangkah...





