SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, mengunjungi Pusat Jejak Kontak SAF di Kem Mandai Hill pagi tadi.
Lawatan itu sebagai memberi penghargaan kepada pasukan penjejak kontak yang bertugas semasa cuti Hari Raya Aidilfitri dan menyampaikan habuan makanan sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka.





