DENGAN usia persaraan dan pengambilan semula bekerja serta kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang akan dinaikkan bagi pekerja berusia sepanjang dua tahun akan datang, majikan menggesa pemerintah membantu mengimbangi gaji pekerja dalam Belanjawan tahun ini untuk menyokong syarikat sepanjang tempoh tersebut.
Menerusi satu kenyataan semalam, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) mengusulkan agar pemerintah membantu membiayai kos berkaitan mengambil pekerja...






