KUALA LUMPUR: Beberapa artis sedang bergabung tenaga untuk mengadakan persembahan amal bagi penyanyi veteran era 1980-an, Zaleha Hamid, yang uzur dan terlantar di katil.
Persembahan nyanyian bagi mengumpul dana untuk membantu Zaleha, 65 tahun, itu dijangka berlangsung pada 11 April depan di Pangkalan Balak, Kuala Sungai Baru Melaka, lapor Harian Metro.





