SEOUL - Korea Selatan melaporkan 600 kes baru dan lagi tiga orang telah terkorban kerana koronavirus Covid-19, menjadikan jumlah kes keseluruhan di negara itu mencecah 4,812, kata Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) pada Selasa (3 Mac).
Dalam pada itu, perasaan marah dan takut terhadap virus itu turut menular disebabkan golongan pengikut gereja yang telah menjadi pusat penularan...





