LONDON: Bekas kapten England Wayne Rooney berkata tekanan awam yang dikenakan supaya memotong gaji pemain bola sepak elit semasa pandemik koronavirus amat mengaibkan, lapor The Sunday Times di London.
Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock, minggu lalu, berkata gaji pemain Liga Perdana England (EPL) harus dipotong, dan EPL berkata kelab-kelab sedang berbincang tentang potongan 30 peratus.





