EMIRATES telah meminta maaf kepada penumpang warga Britain Gemma Quinn, 35 tahun, yang terkandas di Singapura selepas syarikat penerbangan itu tersalah letak sebahagian kerusi rodanya yang ditempah khas sehari sebelum Krismas.
Cik Quinn, yang lumpuh dari leher ke bawah akibat satu kemalangan semasa kecil, telah menempah percutian 19 hari ke Asia bersama dua penjaganya berharga lebih £15,000 (S$26,600).





