ANAK pemandu teksi yang diserang dalam satu percubaan rompakan di Hougang pada awal pagi Khamis (20 Februari) berkata keluarganya amat terkejut dengan kejadian malang yang menimpa bapa mereka, dan memohon agar sesiapa yang menyaksikan kejadian itu dapat tampil membantu dalam siasatan polis.
Bercakap dengan Berita Harian semalam (21 Feb), anak pemandu teksi itu, Encik Muhammad Taufiq Ramdan, menambah bahawa keadaan...





