KUANTAN: Cameron Highlands aman dan selamat bagi pengunjung, menurut ketua polis Pahang Abd Jalil Hassan.
Beliau menyangkal dakwaan di media sosial bahawa terdapat rusuhan dan tunjuk perasaan di kawasan itu menyusuli operasi yang dilancarkan pihak berkuasa terhadap ladang terlarang.





