Polis, pada Sabtu (15 Feb) telah menangkap wanita warga Singapura berusia 26 tahun, yang dipercayai ibu bayi lelaki yang ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Bedok North bulan lalu.
Pada 7 Januari, dua pekerja pembersihan majlis bandaran di Belok 543 Bedok North Street 3 sedang mengambil sampah dari tempat pembuangan sampah itu apabila mereka mendengar tangisan dari salah satu tong.





