Singapura bakal menyambut ulang tahun ke-78 pendudukan Jepun atas Singapura semasa Perang Dunia Kedua menjelang 15 Februari tahun ini. Ekoran itu, Lembaga Warisan Negara (NHB) akan mengadakan acara tahunan 'Battle for Singapore' (Pertempuran bagi Singapura) yang meliputi tujuh lawatan pandu baru serta ceramah umum pelbagai muzium, Museum Roundtable (MR). Acara ini sejajar dengan matlamat NHB yang bertujuan menggalak orang ramai...





