PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan 40 ahli bomba dan 12 kenderaan kecemasan untuk memadamkan api di Eunos pada Sabtu (14 Mac).
Berkongsi tentang insiden itu di Facebook, SCDF berkata ia diberitahu tentang kebakaran itu - yang melibatkan barang yang disimpan dalam gedung di 1081 Eunos Avenue 7, pada sekitar 5.25 pagi.





