Dua wanita yang didakwa menganjur perarakan berkait isu Palestin tanpa permit di luar Istana, mendapat kelulusan mahkamah pada 25 Julai untuk ke luar negara dan jumlah ikat jamin ditetapkan pihak pendakwa dikurangkan.
Siti Amirah Mohamed Asrori, 29 tahun, dan Annamalai Kokila Parvathi, 35 tahun, diwakili Encik Derek Wong daripada Phoenix Law Corporation, dalam dua pendengaran berasingan, telah membuat permohonan agar...





