PELAKON Nur Fazura mengalami pengalaman menakutkan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak apabila terserempak seorang wanita berpakaian menyerupainya dalam filem itu, dua tahun lalu.
Fazura, 35 tahun, berkata, kejadian berlaku pada jam 3 pagi, sedang beliau dan kru produksi berehat selepas menjalani penggambaran salah satu babak filem itu, menurut laporan MyMetro.





