HARI pertama kejohanan Piala Dunia Renang FINA Singapura 2019 anjuran Yakult bermula dengan persembahan yang memecahkan rekod nasional dari Quah Jing Wen yang telah menamatkan acara 200 meter kuak kupu-kupu dalam masa 2 minit 10.26 saat.
Semalam, Quah berjaya naik podium di tempat ketiga dengan pingat gangsa bersama warga Hungary Zsuzsanna Jakabos (2:07.48) di tempat kedua dan Katinka Hosszu yang...





