PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat di kawasan pencarian Nora Anne Quoirin, 15 tahun, di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, hari ini (13 Ogos).
Menurut laporan MyMetro, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan penemuan mayat itu pada 1.57 petang tadi.






