KONSULAT-JENERAL Singapura di Johor Bahru bersedia memberi bantuan dan sokongan sedang operasi mencari dan menyelamat dua warga Singapura diteruskan pada Sabtu (10 Ogos), lebih 24 jam selepas mereka dilapor hilang semasa berkayak di Mersing, Johor,
Dalam kenyataannya berkenaan kes itu pada Sabtu, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Konsulat-Jeneral Singapura di Johor Bahru 'sedang berhubungan rapat' dengan pihak berkuasa...





