Pada usia 37 tahun, Roger Federer telah menguasai gelanggang tenis dunia dengan persembahan menarik selama 20 tahun. Ramai pemerhati meramalkan beliau akan berundur sedekad lalu tetapi dengan perawakan yang tenang dan pukulan yang masih jitu, Federer menjuarai satu lagi Kejohanan Wimbledon pada 2017 dengan diikuti pertandingan Terbuka Australia tahun lalu, kejuaraan grand slam ke-20 baginya. Beliau kembali ke Wimbledon dua...





