GOL yang dijaringkan Harry Kane dalam masa kecederaan memberi kemenangan 3-2 kepada Tottenham Hotspur ke atas Juventus dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Negara pada Ahad (21 Julai).
Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, menjaringkan satu gol, tetapi usahanya itu tidak mencukupi untuk mengelak kekalahan bagi juara Serie A itu.





