ENCIK Zulhaqem Zulkifli, 27 tahun, dahulu biasa menghabiskan hari minggu bersama ayahnya menyelongkar sampah bagi mencari logam sekerap dan kadbod untuk dijual - kerja keras di bawah terik matahari.
"Orang ingat saya terlibat dalam CCA (aktiviti kokurikulum) sukan kerana kulit saya begitu gelap, saya memberitahu mereka, ya saya bersukan - di tempat buang sampah," kata siswa Falsafah Universiti Teknologi Nanyang...





