BEKAS vokalis kumpulan pop/rock popular 90-an, Exists, Mohd Ali Kamarudin, atau lebih dikenali sebagai Mamat, ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru, pada malam Ahad (8 September).
Menurut laporan MyMetro, penyanyi itu, 41 tahun, ditahan bersama seorang rakan lelaki berikutan penemuan satu paket dadah dalam dompet penyanyi itu.





