USTAZ MUHAMMAD KHAIRANI BASIRAN Islam adalah agama yang menitikberatkan ilmu pengetahuan. Seorang Muslim yang baik bukan sekadar melaksanakan amalan dengan tekun, malah mendalami juga pemahaman agama.
Daripada wahyu pertama, “Bacalah!” sehingga hadis Nabi Muhammad saw yang menyebutkan darjat seorang alim berbanding seorang ahli ibadah. Ulama seperti Imam Asy-Syafii rahimahullah memahami kepentingan ilmu dan mereka menjelajah muka bumi bagi memperoleh ilmu.





